Banjir: 67 mangsa, dua PPS beroperasi di Sarawak

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Situasi banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Jumaat lepas, semakin pulih pagi Ahad apabila hanya 67 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 522 petang Sabtu.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat jam 8 pagi ini, hanya dua PPS yang masih beroperasi berbanding lima PPS pada Sabtu.

Dua PPS di daerah Samarahan itu adalah di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan Balai Raya Kampung Nangka.

Keadaan cuaca di sekitar daerah yang terjejas juga dilihat bertambah baik sejak Sabtu.

Selepas kira-kira sebulan gelombang pertama banjir melanda Sarawak, beberapa tempat di bandar raya Kuching sekali lagi dilanda bencana tersebut Jumaat lepas berikutan hujan berterusan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!