Kerajaan pertimbang beri vaksin fasa pertama kepada guru berisiko

Kerja-kerja memindahkan kotak-kotak berisi 312,390 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech ke dalam trak milik sebuah syarikat logistik, dikawal ketat. -Foto Bernama
Kerja-kerja memindahkan kotak-kotak berisi 312,390 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech ke dalam trak milik sebuah syarikat logistik, dikawal ketat. -Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi vaksin Pfizer-BioNTech fasa pertama kepada kelompok guru paling berisiko.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan banyak permohonan diterima daripada guru untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Menurutnya, kategori berisiko tinggi itu melibatkan guru yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

"Kumpulan yang harus diberi keutamaan ialah kumpulan guru paling berisiko.

"Kita cuba untuk beri kepada guru dan petugas media, tetapi bergantung kepada penilaian risiko terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar secara maya Ketibaan Bekalan Vaksin Covid-19 Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk mempertimbangkan permohonan tersebut memandangkan sekolah akan dibuka kembali awal Mac ini.

Sinar Harian pada 7 Februari lalu melaporkan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta supaya kerajaan

memberi keutamaan kepada guru dalam melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada hujung bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, keutamaan tersebut dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk anak-anak dan memberikan kestabilan ekosistem pendidikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!