Johor terima vaksin di bawa masuk dari Singapura
JOHOR BAHRU- Sebahagian daripada vaksin Covid- 19 Pfizer-BioNTech yang dibawa masuk dari Singapura melalui Tambak Johor selamat tiba kira-kira jam 1 petang pada Ahad.
Tinjuan Sinar Harian, mendapati lori syarikat logistik DHL berada di Tambak Johor selama kira- kira satu jam sebelum bergerak jam 2 petang memasuki Johor Bahru dengan diiringi konvoi pasukan keselamatan.
Kenderaan yang membawa Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba kemudian dilihat tiba jam 1.35 petang di Tambak Johor.
Difahamkan berlaku penyerahan ringkas di antara wakil syarikat vaksin dengan kerajaan Malaysia diwakili Adham dan Hasni di tengah- tengah Tambak Johor.
Turut kelihatan beberapa pengamal media menunggu sejak jam 12.30 tengah hari di R&F Princess Cove yang terletak berhadapan Tambak Johor bagi membawa perkembangan terkini penerima vaksin berkenaan.
Media pada pagi ini melaporkan sejumlah 312,390 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang tiba di Malaysia pagi tadi dilaporkan akan di hantar ke 16 pusat simpanan vaksin di seluruh negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata sejumlah vaksin juga dijangka tiba di Johor dari Singapura pada jam 2 petang ini menggunakan jalan darat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!