20,765 calon duduki SPM dalam normal baharu di Pahang

Calon SPM di Maahad Tahfiz Negeri Pahang membuat saringan suhu sebelum memasuki dewan peperiksaan pada hari pertama peperiksaan SPM yang bermula dalam suasana normal baharu pada Isnin.
Calon SPM di Maahad Tahfiz Negeri Pahang membuat saringan suhu sebelum memasuki dewan peperiksaan pada hari pertama peperiksaan SPM yang bermula dalam suasana normal baharu pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 20,765 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dalam suasana normal baharu susulan wabak Covid-19 bermula pada Isnin.

Kesemua pelajar berkenaan termasuk 675 calon persendirian menduduki peperiksaan di 226 pusat peperiksaan dan 25 pusat peperiksaan persendirian dibuka di seluruh negeri.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, setakat ini perjalanan peperiksaan SPM di Pahang berjalan dengan baik dan lancar.

“Setakat ini, tidak ada masalah yang mana semua bilik peperiksaan dibuka termasuklah tempat peperiksaan khas (bagi pelajar yang dikuarantin) di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, walaupun suasana berbeza, semua calon mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti masuk dan keluar dari dewan peperiksaan mengikut ketetapan.

Sinar Harian sempat meninjau peperiksaan hari pertama di beberapa sekolah di daerah ini dapat mendapati pelajar yang hadir mematuhi SOP ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka.

Selain itu, pelajar juga dilihat turut mengisi borang deklarasi saringan kesihatan dan membuat saringan suhu sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!