Gerakan cadang vaksin fasa pertama kepada petugas media

Parameswaran (kiri) menerima borang kemasukan ahli baharu dari Negeri Sembilan.
Parameswaran (kiri) menerima borang kemasukan ahli baharu dari Negeri Sembilan.
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian vaksin Covid-19 fasa pertama kepada petugas media.

Naib Presidennya, Datuk G Parameswaran berkata, petugas media merupakan salah satu anggota barisan hadapan dan mereka terpaksa turun padang untuk menyediakan laporan yang sebaik-baiknya.

"Dengan ketibaan vaksin itu di Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan pada 26 Februari ini.

“Semoga pandemik ini akan berakhir dan kehidupan normal semua rakyat dapat dikembalikan," katanya pada sidang akhbar secara maya yang turut disiarkan secara langsung di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Parameswaran berkata, Gerakan menerima 400 kemasukan ahli baharu dari Negeri Sembilan dan kemasukan ahli baharu itu terdiri daripada pelbagai etnik.

Menurut beliau, mereka menyertai Gerakan berdasarkan ideologi parti yang mengutamakan kepentingan rakyat sebagai asas perjuangan serta mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

"Kami turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi bekerjasama dengan Gerakan untuk bersama-sama membawa satu naratif politik yang lebih berdaya maju dan yang lebih penting, berpaksikan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!