Bayi 17 bulan cedera dicampak perompak

Ibu bayi berkenaan menunjukkan laporan polis yang telah dibuat.
Ibu bayi berkenaan menunjukkan laporan polis yang telah dibuat.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan cedera di telinga serta mata kanan selepas dicampak ke tanah oleh penjenayah yang menyamun ibunya di rumah mereka di Kampung Chepa, Sering, di sini, semalam.

Makayla Mohd Azman, 1 tahun 5 bulan dicampak dalam jarak kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.15 tengah hari itu.

Tambah malang, ibu bayi berkenaan iaitu seorang peniaga, Nor Baizura Othman, 29, kerugian lebih RM20,000 setelah wang tunai RM1,500, barang kemas termasuk rantai leher dan gelang tangan miliknya serta anaknya itu dilarikan suspek.

Nor Baizura berkata sebelum itu, dia bersama anak tunggalnya itu berhasrat keluar rumah dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa yang diletakkan di hadapan rumah tersebut.

Katanya, dia baharu sahaja keluar dan meletakkan Makayla serta beg tangan mengandungi barang kemas dan wang tunai RM1,500 ke dalam kereta sebelum kembali untuk mengunci pintu rumah.

Bayi ini mengalami kecederaan selepas dicampak perompak.
Bayi ini mengalami kecederaan selepas dicampak perompak.

"Secara tiba-tiba datang lelaki menutup muka saya dengan sehelai baju dari arah belakang sambil mengacukan parang pada bahagian leher saya.

"Dia paksa saya buka pintu rumah dan pada masa sama, Makayla yang masih berada dalam kereta mula menangis," katanya kepada pemberita.

Artikel Berkaitan:

Katanya, lelaki tersebut kemudian mengugut mahu mencederakan mereka sebelum mengambil anak itu dan memegangnya menyebabkan Nor Baizura menjerit kerana bimbang bayi berkenaan diapa-apakan.

“Sambil pegang anak, suspek ambil beg tangan itu dan terus mencampakkan Makayla ke tanah menyebabkan tangisannya bertambah kuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!