Hilang Myvi dapat Saga

Nor Ain di samping kereta Proton Saga diterima hadiah daripada Ahmad Fadhli pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa tebing runtuh dari zon merah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen, Kasar, Pasir Mas pada Selasa.
Nor Ain di samping kereta Proton Saga diterima hadiah daripada Ahmad Fadhli pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa tebing runtuh dari zon merah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen, Kasar, Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Mangsa tebing Sungai Kelantan runtuh di Kampung Pohon Chelagi di sini yang kehilangan kereta Perodua Myvi pada Rabu lalu menerima hadiah sebuah kereta daripada oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Nor Ain Ramli, 32, tidak dapat menahan sebak sejurus diberi kejutan oleh Ahmad Fadhli pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa tebing runtuh dari zon merah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas pada Selasa.

"Syukur di atas pemberian ini dan saya tidak pernah terfikir akan memiliki sebuah kereta dalam masa terdekat.

"Hal ini kerana saya lebih memberikan fokus untuk menyelesaikan ansuran bulanan kereta Myvi yang masih berbaki selama empat tahun lagi," katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu dia menggunakan motosikal untuk melakukan urusan harian.

Katanya, jika ada urusan yang melibatkan jarak jauh dia akan meminjam kereta milik ahli keluarganya.

Nor Ain berkata, hadiah kereta Proton Saga itu memberikan sinar baharu buat dia, suami dan anaknya yang berusia tujuh tahun untuk menjalani kehidupan selepas ini.

Sinar Online sebelum ini melaporkan seorang wanita kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian tebing Sungai Kelantan runtuh di Kampung Pohon Chelagi di sini.

Artikel Berkaitan:

Nor Ain berkata, semua itu berlaku dengan pantas tanpa sempat dia dan suami serta anaknya berbuat apa-apa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!