Pembukaan sekolah secara berperingkat wajar: GPMS Kedah
ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) negeri Kedah menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka sesi persekolahan secara berperingkat pada Mac dan April depan.
Pengerusi GPMS Negeri Kedah, Asril Ariff Abd Malik berkata, tarikh itu wajar kerana kadar kebolehjangkitan pandemik Covid-19 semakin menurun dan memberi kelegaan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu memainkan peranan agar tiada lagi kluster melibatkan pelajar sekolah.
"Pihak sekolah perlu tegas terhadap individu yang didapati melanggar SOP dan bersikap sambil lewa. Ibu bapa dan pelajar juga mesti diingatkan pengabaian SOP boleh menyebabkan jangkitan.
"GPMS Kedah berharap semua urusan pembukaan sekolah berjalan lancar serta dipermudahkan supaya pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran," katanya," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Selasa.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sekolah rendah, kolej vokasional dan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan umum masing-masing akan dibuka pada 1 dan 8 Mac ini.
Pelajar sekolah menengah akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala 5 April untuk sekolah di negeri lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!