Clare perlu berhenti serang Pas!

Mohd Amar (kanan) merasmikan pembukaan Al-Khatiri Kofee, di Kubang Kerian, hari ini.
Mohd Amar (kanan) merasmikan pembukaan Al-Khatiri Kofee, di Kubang Kerian, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown perlu berhenti dari mengeluarkan kenyataan baharu, mengaitkan Pas menerima dana daripada UMNO.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sikap tidak jujur Clare tidak boleh diterima kerana terus menulis dan menyerang Pas.

Menurutnya, Clare tidak patut menimbulkan bahan berita baharu terutama selepas isu dana RM90 juta diselesaikan di luar mahkamah.

“Clare kena jujur dengan persetujuan yang dibuat sebelum ini, jika ini tindakan beliau, nampak sangat Clare bukan seorang yang telus.

“Tindakan Pas lepas ini, kena rujuk dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya, selepas merasmikan pembukaan Al-Khatiri Kofee, di Kubang Kerian, hari ini.

Timbalan Menteri Besar ini berkata demikian, selepas diminta untuk mengulas mengenai dakwaan Clare, Pas menerima dana RM2.5 juta daripada UMNO.

Ahad lalu, Clare meminta Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!