Polis kawal ketat ketibaan vaksin Covid-19 di Sabah

Hazani Ghazali
Hazani Ghazali
A
A
A

KOTA KINABALU - Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech yang dijadualkan tiba pada Khamis ini akan dikawal ketat oleh polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, kawalan dilakukan sejurus saja bekalan vaksin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) termasuk mengiringi kenderaan yang membawa bekalan vaksin ke pusat penyimpanan.

"Polis akan mengiringi kenderaan yang dikhaskan membawa vaksin berkenaan sepanjang perjalanan daripada KKIA menuju ke pusat penyimpanan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta beberapa pusat penyimpanan lain sebelum diagihkan apabila tiba hari pemberian suntikan.

"Selain itu, kita juga akan melakukan penghantaran bekalan vaksin ke Labuan pada hari sama sejurus vaksin tiba di Kota Kinabalu dan penghantaran dijangka menggunakan kapal terbang milik Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan menyambut sendiri ketibaan vaksin itu di KKIA pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!