Johor cadang selaras semula laluan Bas Muafakat Johor

Mazlan (kanan) ketika meninjau kemudahan Bas Muafakat Johor.
Mazlan (kanan) ketika meninjau kemudahan Bas Muafakat Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mempunyai cadangan untuk menyelaraskan semula laluan digunakan Bas Muafakat Johor.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan, Mazlan Bujang berkata, penyelarasan dijangka bermula bulan hadapan itu adalah bagi menyelesaikan beberapa permasalahan kecil termasuk jumlah penumpang.

"Ada laluan kurang sesuai kerana penumpang terlalu sedikit, kita akan buat cadangan penyelarasan semua laluan, mungkin laluan ubah sedikit untuk beri lebih manfaat kepada rakyat Johor.

"Cadangan kita dalam kontrak baru pada bulan depan, mana laluan kurang penumpang kita akan cadang letak bas yang lebih kecil untuk mengurangkan kos," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjuan Bas Muafakat Johor di Terminal Larkin di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini terdapat kira-kira 62 laluan seluruh negeri dengan kemudahan sebanyak 70 buah bas dan seramai 6,000 penumpang menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor setiap hari.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, kerajaan negeri akan melakukan siasatan berhubung dakwaan terdapat penyalahgunaan kad Bas Muafakat Johor oleh segelintir pihak yang menjual kad itu kepada warga asing atau individu tidak layak.

“Kita ada menerima aduan dan daripda apa yang diterima kad tahunan bernilai RM10 setahun itu dijual dengan harga tinggi sehingga mencecah RM100.

Artikel Berkaitan:

"Kebarangkalian untuk perkara ini berlaku juga tinggi dan pemandu bas memberitahu ada terlihat warga asing naik bas tapi tidak mempunyai kuasa kerana tanggungjawab mereka hanya membawa penumpang setiap kali pas berkenaan diimbas,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya juga akan memastikan hukuman setimpal dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab sebagai pengajaran.

"Hukuman yang diambil biarlah dapat menjadi pengajaran , dan kita tidak mahu duit yang kita belanjakan, orang lain ambil kesempatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!