Terjun Sungai Golok, lari tinggal burung

Seorang lelaki sanggup terjun Sungai Golok selepas gagal menyeludup masuk 15 ekor burung parrot bernilai RM21,350 ke negara ini di pengkalan haram Pasir, Rantau Panjang.
Seorang lelaki sanggup terjun Sungai Golok selepas gagal menyeludup masuk 15 ekor burung parrot bernilai RM21,350 ke negara ini di pengkalan haram Pasir, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang penyeludup terus terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Pasir, Kampung Tok Deh di sini selepas menyedari kehadiran Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, lelaki itu bertindak demikian bagi mengelak dicekup anggota penguatkuasa berikutan menyeludup masuk 15 ekor burung parrot bernilai RM21,350 ke negara ini secara haram.

"Bagaimanapun ia berjaya dipatahkan oleh PGA yang melakukan rondaan rutin di kawasan tersebut pada jam 8.39 malam.

"Semasa melakukan rondaan itu, anggota PGA ternampak seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak ke tebing Sungai Golok di sebelah negara ini dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota PGA menghampiri lelaki berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut susulan gerak geri yang mencurigakan itu," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, lelaki itu terus melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Golok sejurus menyedari kehadiran anggota PGA.

Hasan Basri berkata, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan empat kotak berwarna coklat yang mengandungi burung-burung berkenaan.

"Burung-burung ini merupakan spesis yang dilindungi. Permintaan tinggi di Malaysia menjadi punca burung-burung itu diseludup masuk," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!