LZS sahkan ibu bersama bayi jual tisu asnaf zakat

Gambar wanita dan bayi yang tidur di kaki lima sebuah bank dengan hanya beralasakan tilam nipis itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. - Foto FB LZS
Gambar wanita dan bayi yang tidur di kaki lima sebuah bank dengan hanya beralasakan tilam nipis itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. - Foto FB LZS
A
A
A

BUKIT BERUNTUNG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita dan seorang bayi yang kisahnya tular menjual tisu di depan beberapa bank sekitar Rawang di sini sejak beberapa hari lalu adalah asnaf berdaftar di bawah agensi tersebut sejak tahun 2017.

LZS dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, keluarga wanita berkenaan juga merupakan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, pihaknya menerima mesej tular mengenai gambar seorang ibu bersama bayinya menjual tisu di hadapan sebuah bank.

“Menyayat hati, bayinya diletakkan di atas lantai.

“Hasil siasatan mendapati, mereka menjalankan aktiviti tersebut di sekitar Rawang dan Bukit Beruntung,” katanya.

Pihak berkuasa berjaya mengesan suami wanita berkenaan yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan memberi nasihat dan amaran agar aktiviti tersebut tidak berulang. Foto FB LZS
Pihak berkuasa berjaya mengesan suami wanita berkenaan yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan memberi nasihat dan amaran agar aktiviti tersebut tidak berulang. Foto FB LZS

Menurut LZS, agensi terlibat telah memberi nasihat dan amaran agar aktiviti tersebut tidak berulang atau akan dikenakan tindakan atas kesalahan pengabaian di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 jika ia masih diteruskan.

“Alhamdulillah, hasil kerjasama JKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami berjaya mengesan suami (wanita berkenaan) yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Artikel Berkaitan:

“Dalam pertemuan tersebut beliau berjanji tidak akan mengulangi perkara sebegini sehingga menjadi tular dan menimbulkan fitnah khususnya kepada agensi yang memberi bantuan kepada mereka,” katanya.

Rabu lalu, gambar wanita dan bayi yang tidur di kaki lima sebuah bank dengan hanya beralaskan tilam nipis tular di media sosial.

Wanita itu sebelum ini dikatakan menjual tisu dengan meraih simpati orang ramai dengan kaedah sama di depan sebuah bank di Rawang sebelum dikatakan berpindah lokasi ke Bukit Beruntung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!