Ebit Lew tunai impian dua beradik kembali ke sekolah

Ebit Lew (tengah) membawa Muhammad Faris dan Nurul Farisha untuk mendaftarkan diri di Maahad Tahfiz Manzil Furqan, Kota Bharu.
Ebit Lew (tengah) membawa Muhammad Faris dan Nurul Farisha untuk mendaftarkan diri di Maahad Tahfiz Manzil Furqan, Kota Bharu.
A
A
A

PASIR MAS - Impian dua beradik Muhammad Faris Abdullah,12 dan adiknya, Nurul Farisha Mohd Ridzuan,11, untuk kembali semula ke sekolah menjadi kenyataan apabila direalisasikan oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Berita gembira itu dikongsikan pendakwah dan penceramah terkenal itu menerusi entri laman sosial Facebook miliknya pada Selasa selepas meluangkan masa mengunjungi kanak-kanak berkenaan.

Ebit Lew berkata, pasangan adik beradik itu akan mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz Manzil Furqan, Kota Bharu.

"Di sini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz.

"Cantik dan eksklusif serta sebulan RM600.

"Kedua-dua beradik itu dilihat cukup seronok apabila dapat kembali menyambung semula persekolahan mereka," katanya.

Menurutnya, tiga lagi adik Muhammad Faris dan Nurul Farisha akan dijaga oleh ibu saudara.

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada penghulu dan masyarakat sekitar, zakat, penderma PKUM dan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan termasuklah Raja Anita," katanya.

Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Farisha Mohd Ridzuan,11, tahun terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada empat adik beradik yang lain apabila kedua ibu bapa mereka kini dipenjarakan kerana kesalahan pengambilan dadah.

Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu jaga 3 adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis...

Posted by Ebit Lew on Tuesday, February 23, 2021

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!