Sistem tadbir urus berteras syariah perlu diperkenal semula

Gambar kecil: Mohd Khamis
Gambar kecil: Mohd Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraskan Syariah (GTUs) yang pertama di dunia pada tahun 2017 perlu diperkenalkan semula dalam institusi agama bagi memerangi jenayah rasuah dalam negara.

Penolong Pengarah, Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohd Khamis Mohd Sani berkata, sistem tersebut berfungsi untuk mengukur sejauh mana institusi, dasar dan polisi kerajaan benar-benar memenuhi tuntutan syarak.

Menurutnya sistem berkenaan digunakan oleh institusi sebagai satu mekanisme bagi meningkatkan kualiti dan akauntabiliti perkhidmatan dalam jangka masa panjang berdasarkan nilai dan etika.

“Usaha dan dasar yang dilaksanakan menepati maqasid syariah dan menunjukkan tindakan itu memenuhi prinsip Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Khamis berkata, GTUs yang dilancarkan pada 2017 itu disambut baik dengan pelancaran Model Indeks Syariah Negara yang membabitkan lapan bidang utama.

“Antaranya, perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana serta sosial.

“Setiap bidang itu meliputi lima aspek dalam maqasid syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Fokus indeks berkaitan dasar, program atau pembangunan dilaksanakan kerajaan yang memiliki nilai murni dan menepati prinsip Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, garis panduan tersebut perlu diaplikasikan sama ada dalam institusi khususnya institusi agama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!