Jual nama Menteri Hal Ehwal Agama amal habbatus sauda

Paparan kenyataan Dr zulkifli mengenai perkara tersebut.
Paparan kenyataan Dr zulkifli mengenai perkara tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai amalan habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi sekali gus didakwa menolak suntikan vaksin Covid-19 seperti tular di media sosial.

Katanya, berita berkenaan bukan daripada pihaknya dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya," katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa.

Iklan dan promosi produk menggunakan nama Dr Zulkifli tular di laman sosial.
Iklan dan promosi produk menggunakan nama Dr Zulkifli tular di laman sosial.

Kenyataan tersebut mendakwa beliau sembuh dari penyakit Covid-19 secara sendiri tanpa penggunaan vaksin kerana mengamalkan habbatus sauda untuk menguatkan sistem imun badan.

Paparan kenyataan itu turut menggunakan artikel berita beliau telah sembuh daripada wabak Covid-19 dan didakwa menggunakan nama beliau oleh pihak tertentu dipercayai untuk tujuan iklan serta promosi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!