Cemburu punca lelaki serang pekerja di ladang sawit Felda
A
A
A
Ekoran kejadian pada 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja ladang berumur 30 tahun menerima tujuh jahitan selepas cedera di bahagian belakang kepala serta tangan kanan.
Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata mangsa didatangi suspek berumur 25 tahun yang menyerangnya ketika sedang makan sebelum berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka tetapi berjaya dileraikan rakan mangsa.
"Rakan mangsa iaitu Aziz meleraikan pergaduhan mereka dan Aziz bersama pekerja ladang lain turut menangkap suspek.
"Anggota Balai Polis Desa Kencana yang mendapat maklumat berkenaan menahan suspek serta merampas parang berukuran 48 cm," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Nasri berkata siasatan mendapati suspek dipercayai cemburu dengan mangsa yang menikahi bekas isterinya yang diceraikan Julai tahun lalu.
"Suspek berkahwin dengan bekas isterinya selama lima tahun dan mempunyai tiga anak," katanya lagi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!