Suntikan Vaksin Pfizer BioNTech
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11, hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Kad Vaksinasi dan paparan status vaksinasi Covid-19 pada aplikasi MySejahtera selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah disuntik vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bergambar selepas mengambil suntikan Vaksin Pfizer BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Presint 11 hari ini.
Perdana Menteri merupakan individu pertama yang menerima suntikan Vaksin Pfizer BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Turut kelihatan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri).
Petugas Barisan Hadapan dari Kementerian Kesihatan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Presint 9 Dr Tan Yee Ling bersama Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Putrajaya Khairul Asraf Mohd Yasin menunjukkan Kad Vaksinasi Covid-19 selepas mengambil suntikan Vaksin Pfizer BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Kesihatan Daerah Presint 11 hari ini.
Petugas Barisan Hadapan dari Kementerian Kesihatan (dari kiri) Jururawat Sheilla Melissa Sikin, Pegawai Perubatan Dr Tan Yee Ling, Penolong Pegawai Perubatan Khairul Asraf Mohd Yasin dan Pemandu Clement Marai Francis adalah antara empat individu terawal menunjukkan Kad Vaksinasi Covid-19 selepas mengambil suntikan Vaksin Pfizer BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Kesihatan Daerah Presint 11 hari ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!