Hidup gelandangan, warga emas diselamatkan selepas tular

Paparan Facebook Diana tular di laman sosial.
Paparan Facebook Diana tular di laman sosial.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang gelandangan dipercayai mempunyai penyakit kanser mata tahap empat ditemui di menara Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tular di laman sosial hingga mengundang simpati masyarakat.

Kisah lelaki berkenaan dikongsi di Facebook seorang warga maya dikenali Diana Bastomi.

Diana memberitahu warga emas berkenaan terlalu uzur malah pertuturan tidak jelas dan perlu dipapah ketika berjalan.

"Pak cik ni dia cakap dia ada kanser mata tahap empat. Dia cakap pun tak berapa jelas. Nak jalan pun tak larat. Asyik pegang kepala mungkin kerana tahan sakit.

"Jika sesiapa boleh bantu, boleh cari pak cik ni dekat bawah menara Komtar sebelah parkir teksi. Kesian sangat. Tak ada siapa yang jaga Pak cik ni," katanya.

Bagaimanapun, kisah warga emas berkenaan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng yang memaklumkan menerima maklumat daripada orang awam.

Pihaknya membawa kes tersebut kepada Penghulu Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Warga emas ini telah diberikan bantuan serta-merta. Keprihatinan daripada warga Pulau Pinang amatlah dihargai," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Warga maya yang mengikuti perkembangan kisah warga emas itu turut bersyukur kerana ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.

Suraini Md Mustaffa berkata, "Terbaik Farriz Mustaffa Diana Bastomi. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan anda sebab permudahkan urusan pak cik ini".

Kata Iza Ton pula, "Alhamdulillah, terima kasih kerana bantu pak cik ini".

Sementara itu, Ismail Lasim juga mengakui platform media massa merupakan salah satu medium terbaik menguar-uarkan golongan memerlukan yang tersisih.

"Jika tidak viral ramai tak tahu kisah pakcik ini. Moga yang membantu dapat ganjarannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!