Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran dua rumah dan tiga premis di Jalan Hospital, Jeli, hari ini.
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran dua rumah dan tiga premis di Jalan Hospital, Jeli, hari ini.
A
A
A

JELI - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa Mohd Ali Abdullah, 66, hanya menyedari kejadian selepas melihat api marak di bahagian ruang tamu rumahnya.

"Api terlalu marak, pak cik hanya sempat selamatkan diri.

"Api mungkin datang dari sofa di bahagian ruang tamu disebabkan jarak yang dekat antara dinding dan bumbung, api menyambar dengan cepat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.54 petang.

"Saya bersama 13 anggota dan lima Pasukan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi.

"Dua buah rumah terbakar 100 peratus manakala tiga premis terbakar 30 peratus, api berjaya dikawal dalam masa 15 minit," katanya.

Mohd Adni berkata, tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan dua rumah dan tujuh premis daripada turut terbakar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!