Modal RM17, pulangan RM1,000!

Airol Fadley menunjukkan borang Peraduan PKPNimsXSinar yang dihantar oleh peserta.
Airol Fadley menunjukkan borang Peraduan PKPNimsXSinar yang dihantar oleh peserta.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya bermodalkan RM17, pembaca setia akhbar Sinar Harian dan pelanggan setia produk NIMS ADELICIOUSZ berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000.

Ketua Jabatan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, peluang menarik itu hanya boleh diperoleh dengan menyertai Peraduan PKPNimsXSinar kategori siri warna anjuran Sinar Harian dan syarikat pengeluar produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, NIMS ADELICIOUSZ.

Menurutnya, peraduan tersebut berada di dua platform iaitu akhbar Sinar Harian dan media sosial Sinar Harian.

“Bagi kategori siri warna (akhbar), peraduannya sangat mudah. Dengan hanya bermodalkan kira-kira RM25, mereka perlu menghantar satu borang penyertaan bersama lima kepala akhbar (masthead) Sinar Harian dan satu penutup bekas Siri Pelangi Crispy Choco Tub mengikut warna tersebut.

“Untuk penyertaan di media sosial pula, peserta hanya perlu mengeluarkan modal kira-kira RM17 untuk membeli satu produk Siri Pelangi Crispy Choco Tub dan merakam video tersebut dengan cara sangat kreatif.

“Video tersebut pula mestilah dikongsi di akaun Instagram masing-masing dengan tanda pagar #PKPNimsXSinar dan #PeraduankumpulprodukNims. Peserta dikehendaki meletakkan tetapan Instagram mereka kepada public,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Airol Fadley berkata, penyertaan perlu dihantar segera sebelum tarikh tutup mengikut siri yang dinyatakan dalam borang peraduan berkenaan.

“Borang penyertaan boleh didapati setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad bermula 1 Februari lalu dan pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Peraduan PKPNimsXSinar adalah salah satu cara bagi membantu meringankan beban kewangan pembaca setia Sinar Harian terutama yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kita mahu setiap lapisan masyarakat berpeluang memenangi hadiah wang tunai, lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP).

“Tanpa menggunakan slogan atau menjawab soalan, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 bagi hadiah pertama, RM700 (kedua), RM300 (ketiga) dan lima hadiah sagu hati bernilai RM200.

“Jadi, rebutlah peluang keemasan ini. Anda juga boleh menghantar penyertaan tanpa had dan mungkin menjadi salah seorang pemenang bertuah kami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!