Kon Yeow disuntik vaksin Ahad ini

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Chow Kon Yeow akan menjadi individu pertama diberikan suntikan dos vaksin Covid-19 bagi Pulau Pinang yang akan dijalankan pada Ahad ini.

Pejabat Ketua Menteri berkata, Kon Yeow akan menerima suntikan tersebut pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Pulau Pinang yang bermula pada 28 Februari ini.

Kon Yeow akan melancarkan program tersebut dengan diberikan suntikan dos vaksin Covid-19 pertama sebagai simbolik bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pulau Pinang.

"Selepas Kon Yeow, ia akan disusuli dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar.

"Turut akan menerima suntikan pada hari yang sama adalah Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan. Kesemua mereka akan menerima suntikan pada sesi yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan bahawa pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Pulau Pinang akan dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tempoh pelaksanaan selama setahun.

"Sasaran adalah meliputi 70 peratus iaitu 1.3 juta rakyat Pulau Pinang bagi membolehkan imuniti kelompok dibentuk. Sehingga kini, JKNPP memaklumkan bahawa sebanyak 15 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dikenal pasti membabitkan tiga dewan bagi setiap daerah di negeri ini.

"Semua rakyat Pulau Pinang diminta supaya memberi sokongan penuh terhadap program Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan membuat pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera serta saluran pendaftaran ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan segera," katanya.

Sebanyak 16,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 5.35 petang menggunakan pesawat khas pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan:


Pesawat itu berlepas dari Hong Kong, transit di Singapura sebelum tiba di Pulau Pinang dan vaksin itu dihantar ke PSV.

Seramai 22,753 petugas barisan hadapan KKM di Pulau Pinang Pinang akan menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama.

Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Norlela Ariffin berkata, menerusi fasa pertama juga, seramai 10,474 petugas barisan hadapan bukan membabitkan petugas kesihatan KKM juga akan menerima suntikan tersebut.

Tambahnya, secara keseluruhanya, lebih 33,227 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama di klinik kesihatan yang ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!