Vaksin: Penjawat awam diseru daftarkan diri

Mohd Zuki (dua dari kiri) bersama Adham dan Mohd Shafiq selesai menerima pelalian Covid-19.
Mohd Zuki (dua dari kiri) bersama Adham dan Mohd Shafiq selesai menerima pelalian Covid-19.
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua penjawat awam diseru mendaftarkan diri untuk menerima vaksin Covid-19.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi Facebooknya pada Khamis berkata, pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.

"Semoga usaha ini dapat melandaikan keluk jangkitan Covid-19 agar kita semua dapat kembali menikmati kehidupan seperti sediakala. insya-ALLAH," tulisnya.

Dalam pada itu, Mohd Zuki memaklumkan beliau telah menerima suntikan pelalian itu di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11.

"Saya bersama-sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan tiga petugas barisan hadapan selesai menerima suntikan vaksin Covid-19," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang komited dalam membendung wabak itu di dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!