Pas sokong usul tergempar kuil
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto Bernama
A
A
A
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sokongan itu dinyatakan memandangkan pemimpin politik negara dilihat mempunyai pengaruh besar yang mampu memainkan peranan secara bersama berbincang dengan harmoni bagi menyelesaikan sesuatu isu yang timbul.
"Kita sokong (usul itu). Soal keharmonian kaum dan sebagainya tidak perlu berpolemik. Isu kaum, agama dan jurang ekonomi adalah 'bom jangka' yang perlu diurus dengan cermat terutamanya parti politik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata satu mekanisme perlu diwujudkan agar rumah ibadat yang sudah lama dibina dalam negara terpelihara.
Semalam, ahli Parlimen dari kedua-dua belah termasuk Bebas senada mengemukakan usul tergempar kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof untuk membahaskan insiden tersebut pada persidangan Dewan, Khamis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!