Mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran dibenar di kawasan PKP
SHAH ALAM - Kerajaan membenarkan mana-mana pihak mengadakan mesyuarat, insentif, persidangan, pameran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, jumlah tersebut dihadkan kepada 25 peratus peserta daripada kapasiti premis bermula 5 Mac ini.
Selain itu katanya, kerajaan turut bersetuju pemuzik jalanan atau 'buskers' menjalankan aktiviti mereka di kawasan PKP dengan syarat patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP).
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!