PN akan bentuk struktur pilihan raya negeri: Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan membentuk struktur pilihan raya di peringkat negeri dengan menampilkan citra PN yang mendakap prinsip kepelbagaian dan keharmonian, kata Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PN di Putrajaya, malam Rabu.

“Mesyuarat berlangsung dengan kehadiran semua pengarah pilihan raya parti-parti anggota PN iaitu Pas, Bersatu, STAR, SAPP dan Gerakan.

“Mesyuarat menetapkan untuk memperkukuh kerjasama utuh melalui gerak kerja pilihan raya demi menjana dukungan rakyat,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pada 11 Februari lalu, Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Selangor mengumumkan struktur organisasinya yang dibentuk bagi menjana kekuatan baharu demi memperkukuhkan lai keyakinan rakyat.

Struktur organisasi itu antaranya melibatkan Mohamed Azmin (Bersatu) sebagai Pengerusi serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas) dan Datuk Abdul Rashid Asari (Bersatu) sebagai Naib Pengerusi selain Datuk Zuraida Kamarudin (Bersatu) sebagai Pengarah Pilihan Raya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!