Tabika, Taska Kemas mula operasi 1 Mac

Pembukaan operasi Tabika dan Taska adalah mengikut SOP yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, KPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Foto Bernama
Pembukaan operasi Tabika dan Taska adalah mengikut SOP yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, KPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mula beroperasi 1 Mac ini termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia susulan pengumuman pengoperasian semula semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bersemuka yang melibatkan murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 yang akan bermula pada tarikh tersebut.

“Pembukaan operasi Tabika dan Taska adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, KPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kemas berharap ibu bapa tidak khuatir untuk menghantar anak-anak mereka kerana 10,517 pendidik masyarakat Tabika dan 1,790 pendidik masyarakat Taska Kemas telah diberi panduan berkaitan pematuhan SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!