Tiba masanya bidang kuasa Mahkamah Syariah dinaik taraf

Rosol
Rosol
A
A
A

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya bidang kuasa Mahkamah Syariah dinaik taraf dan dikuatkuasakan di peringkat Persekutuan.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, Mahkamah Persekutuan perlu bertindak mengikut kehendak Islam.

"Ini termasuk sekiranya perlu kepada penggubalan undang undang baharu atau akta akta baharu yang lebih menjamin hak agar tidak ada pihak yang teraniaya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata hanya Parlimen ada bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii, adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Rosol juga bimbang jika undang-undang syariah tidak segera diperkukuhkan kerana mungkin banyak lagi undang undang syariah akan dicabar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

"Ini satu perkara yang menyedihkan dan kita akan bincang dengan bahagian undang-undang di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!