5 sebab WAJIB miliki realme Smart TV!
Kalau kita dapat menonton televisyen bersama keluarga pastinya ia merupakan saat paling manis dan berharga. Apatah lagi jika dapat menyaksikan rancangan kegemaran bersama orang tersayang. Pasti best kan!
Momen-momen indah bersama keluarga itu pastinya menjadi lebih mengasyikkan jika anda menontonnya melalui TV pintar hasil teknologi terkini daripada realme.
Teknologi canggih realme Smart TV bakal menjanjikan kepuasan sebenar kerana ianya memudahkan hidup kita, PERCAYA TAK? Jom kita baca 5 SEBAB WAJIB BELI REALME SMART TV, ye lah, dah tahun 2021 takkan nak pakai TV biasa lagi kan?
1. Telefon Pintar Android versi GERGASI
Selain itu, realme Smart TV juga terbina dengan aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, Prime Video, Live Channel. Tak perlu pening-pening nak download lagi, hanya perlu daftar masuk dan tonton filem kegemaran bersama keluarga. Kalau nak download aplikasi lain, macam diperkatakan tadi, hanya perlu muat turun di Google Play store sahaja.
realme Smart TV turut menyokong sambungan 2.4GHz WiFi dan inframerah, Bluetooth 5.0 sambungan internet. Anda boleh menyambungkan peranti Bluetooth, seperti pembesar suara Bluetooth untuk mendengar lagu, bermain game, dan mikrofon Bluetooth untuk menyanyi. Barulah enjoy ber-PKP di rumah!
Eh, kejap-kejap! Berkenaan alat kawalan jauh realme Smart TV ini pula menggunakan reka bentuk ergonomik, dengan pemberat yang tepat, pusat graviti alat kawalan jauh diturunkan, dan cengkaman direka khas untuk kelengkungan tapak tangan.
Ia juga mempunyai tiga butang untuk terus membuka aplikasi YouTube, Netfilx dan Prime Video, di mana anda boleh mengakses platform video kegemaran anda hanya dengan satu klik.
realme Smart TV juga lulus ujian kualiti yang ketat termasuk 20 ujian suhu rendah, ujian penurunan 760mm, 5000 ujian hayat utama, 5500 ujian mesin on-off dan sebagainya.
2. Pembantu Peribadi Yang Mendengar Kata
Pembantu Google ini boleh menjadi teman terbaik anda di ruang tamu. Anda boleh menggunakan Pembantu Google untuk mengendalikan TV Android dengan suara anda.
Malah melalui Chromecast Built-In yang terdapat pada realme Smart TV, anda boleh menonton program video dalam talian melalui telefon bimbit anda, filem, TV, muzik dan kandungan lain terus ke pancaran TV. Smart kan? Pada masa yang sama, anda juga dapat berkongsi foto dan video yang diambil oleh telefon bimbit kepada keluarga anda melalui TV.
3. Didatangkan dengan Pemproses Quad Core 64-bit MediaTek
RAM TV realme juga dicatat pada 2133MHz, lebih cepat daripada RAM 1600MHz biasa yang digunakan di TV lain.
Dengan sokongan prestasi yang hebat dari pemproses dan RAM, realme Smart TV dapat menjalankan program TV pintar harian dengan stabil, lancar dan cepat, dan memberikan jaminan prestasi yang baik untuk kualiti gambar. Kesemua itu demi memastikan anda dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga sambil menonton televisyen.
4. Warna Lebih Terang dan Dinamik
realme menggunakan kepakarannya dalam teknologi pintar kepada realme Smart TV. Melalui teknologi Chroma Boost, visual yang dihasilkan akan lebih berkualiti secara keseluruhan melalui peningkatan kecerahan, warna, kontras dan kejelasan supaya anda dapat menikmati suatu pengalaman yang menakjubkan.Paling menarik lagi, realme Smart TV juga mempunyai sudut visual sehingga 178 darjah yang membolehkan anda melihat rancangan TV dengan jelas, sesuai sangatlah jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai atau ketika ada tetamu berkunjung ke rumah, tambah pula kalau yang suka menonton perlawanan bola sepak memang cun habis lah.
Bagi memberikan satu pengalaman yang luar biasa pada setiap tontonan, realme Smart TV juga dilengkapi 7 mod paparan iaitu Standard, Vivid, Sport, Movie, Game, Energy Saving dan User. Pilihlah mana satu yang berkenan dengan mata tu, ye tak? Tak perlu nak adjust setting susah-susah. Ini baru smart tv!
Speaker pada Smart TV realme ini mampu mengasing dan memainkan suara dalam saluran yang berbeza iaitu dari sisi depan, sisi dan belakang untuk menghasilkan kesan bunyi yang ummphh serta mengujakan.
Berikutan telinga manusia juga amat sensitif terhadap perubahan bunyi dalam pertuturan suara manusia, algoritma Dolby Audio dapat mengawal tahap kelantangan dengan lebih efektif dan mengelakkan lonjakan bunyi secara tiba-tiba.
Selain itu, Dolby Audio juga mampu mengenal pasti peranti dan kebolehan audio sebelum melakukan penyelaran dinamik kepada output audio dari Smart TV realme.
Bukan itu sahaja, realme Smart TV tampil dengan reka bentuk bezel yang nipis iaitu pada kadar 8.7mm sahaja sememangnya membuatkan anda hanyut dengan visual skrin maksima seolah menonton dari pawagan.
Lapisan penutup panel pada realme Smart TV adalah dari tepi ke tepi, bezel skrin super tipis berada di bawah lapisan. Ini menjadikan reka bentuk yang dapat memberikan pengalaman seperti menonton filem di pawagam dan lebih menjiwai ketika anda menonton TV.
Itulah antara sebab mengapa realme Smart TV menjanjikan kualiti hanya yang terbaik buat anda.
Ditawarkan dengan harga RM899 bagi realme Smart TV 32” manakala realme Smart TV 43” pada harga RM1,499 sahaja. Kedua-dua model realme Smart TV boleh didapati di realme Brand Store (klik sini http://bit.ly/3qRTM6J) ataupun secara atas talian di Shopee melalui pautan dibawah:
TV 32" Klik di sini
TV 43" Klik di sini
Apa tunggu lagi, jom rebut tawaran istimewa ini sebelum kehabisan stok!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!