Keladi hiasan jana pendapatan tambahan

Antara ratusan pokok keladi hias milik Nozihan
Antara ratusan pokok keladi hias milik Nozihan
A
A
A

TEMERLOH - Hobi seorang kerani menanam pokok keladi hiasan bertukar menjadi pendapatan tambahan buat dirinya apabila tanaman hiasan itu kini menjadi kegilaan orang ramai.

Nozihan Ahmad, 42 dari Sungai Kepong, Lanchang berkata, dia tidak menyangka pokok keladi hiasannya itu mendapat sambutan dan berjaya meraih pendapatan sehingga mencecah RM2,000 sebulan apabila ada pelanggan yang sanggup datang dari luar Pahang seperti Terengganu,Kuala Lumpur untuk membeli koleksi pokok dimilikinya itu.

"Tanam pokok keladi hiasan ini sebenarnya memang hobi saya sejak remaja lagi. Saya tanam di halaman rumah dan kini sudah memiliki ratusan jenis keladi hiasan.

"Koleksi peribadi pokok keladi yang paling mahal saya ada adalah dari spesis Mojito yang berharga RM1,000 sepokok," katanya pada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nozihan berkata, tanaman hiasan itu menjadi kegilaan penggemar pokok hiasan sejak tahun lalu setelah ia tular di media sosial ketika negara di landa pandemik Covid-19 dan terus menjadi pilihan terutamanya golongan surirumah untuk menanam serta memiliki pokok tersebut.

Katanya, hobinya yang suka menanam pelbagai jenis pokok hiasan menyebabkan dia sering menjadi tumpuan penduduk kampung dan orang ramai yang datang ke rumahnya untuk membeli hasil koleksi tanaman hiasannya.

Hobi Nozihan sejak remaja kini menjadi pendapatan tambahan buat dirinya
Hobi Nozihan sejak remaja kini menjadi pendapatan tambahan buat dirinya

"Malah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini permintaan terhadap keladi hiasan ini sangat tinggi, mungkin disebabkan mereka ingin mengisi masa lapang di rumah.

Artikel Berkaitan:

"Ada yang sanggup datang sendiri ke sini walaupun jauh kerana bimbang pokok mereka rosak sekiranya dihantar melalui pos," jelasnya.

Dalam pada itu, Nozihan berkata, dia akan meneruskan hobinya itu dengan menambahkan pelbagai lagi koleksi pokok hiasan selepas ini.

Katanya, selain menanam pokok keladi hiasan dia juga ada menanam pelbagai jenis pokok bunga kertas dan Daisy di halaman rumahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!