Maritim Terengganu selamatkan lima pemancing

Bot dinaiki lima pemancing itu rosak di perairan Pulau Redang. (Gambar kecil: Muhammad Suffi Mohd Ramli)
Bot dinaiki lima pemancing itu rosak di perairan Pulau Redang. (Gambar kecil: Muhammad Suffi Mohd Ramli)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lima pemancing diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas bot yang mereka naiki rosak di perairan Pulau Redang pada Khamis.

Kesemua lima lelaki berkenaan, termasuk tekong berusia antara 32 hingga 47 tahun itu diselamatkan kira-kira jam 5.45 petang, pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.45 petang, sebelum bot PENGGALANG 17 yang berada di kawasan berhampiran bergerak ke lokasi kejadian.

"Kesemua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan dipindahkan ke atas bot PENGGALANG 17.

"Bot yang mengalami kerosakan itu kemudian ditunda ke Jeti Pulau Redang pada jam 6 petang untuk dibaiki," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Menurutnya, orang awam diminta melaporkan sebarang kecemasan dan kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09-6224357.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!