Kenyataan fitnah: Maszlee hantar surat tuntutan kepada Asyraf Wajdi

Maszlee
Maszlee
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendedahkan sudah menghantar surat tuntutan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan.

Menurut beliau, tuntutan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.

Katanya, budaya politik fitnah jahat ini perlu dihentikan kerana ia sedikit pun tidak menguntungkan rakyat.

“Saya memberi arahan kepada peguam supaya surat tersebut menuntut Dr Asyraf Wajdi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kerana memfitnah.

“Sepatutnya sekarang ahli politik perlu fokus bantu rakyat dan memulakan budaya politik khidmat, bukan mencari salah, menuduh dan menfitnah sesuka hati,” ciapnya di Twitter pada Jumaat.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berharap tindakan itu menyedarkan semua pihak, tidak kira daripada parti mana.

“Budaya fitnah jahat berunsur perkauman perlu segera dihentikan, apatah lagi ia melibatkan pendidikan negara, pendidikan anak-anak kita.

“Terima kasih semua yang menyokong usaha ini. Saya percaya rakyat Malaysia muak dan tidak suka dengan budaya politik begini, apatah lagi ia boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Maszlee pada Khamis menggesa Asyraf Wajdi menarik balik kenyataan berhubung dakwaan fakta buku teks sejarah Tingkatan Empat ada unsur fakta dimanipulasikan.

Beliau berkata, sekiranya tiada permohonan maaf atau penarikan kenyataan dibuat itu, beliau akan memfailkan kes saman fitnah.

Pada Rabu, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks Sejarah Tingkatan Empat KSSM.

Menurut beliau, perkara itu seperti usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan PH memerintah bagi menanamkan ideologi Malaysian Malaysia dan secara halus menyucikan pemikiran pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Buku teks Sejarah Tingkatan Empat patuhi proses penerbitan: KPM

Maszlee bidas Asyraf Wajdi isu buku teks Sejarah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!