Serangan udara AS musnahkan infrastruktur militan di timur Syria
WASHINGTON - Beberapa infrastruktur milik militan musnah apabila tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara di timur Syria, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan John Kirby.
"Atas arahan Presiden Biden, pasukan tentera AS malam ini melakukan serangan udara menyasarkan infrastruktur yang digunakan kumpulan militan yang disokong Iran, di timur Syria.
“Serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan baru-baru ini yang menyasarkan pasukan Amerika dan gabungannya di Iraq, dan ancaman berterusan terhadap lokasi tersebut.
“Banyak kemudahan di pusat kawalan sempadan yang digunakan sejumlah kumpulan militan termasuk Kait'ib Hizbullah (KH) dan Kait'ib Sayyid al-Shuhada (KSS) dimusnahkan,” kata Kirby pada Khamis.
Terdahulu, CBS News dan media lain melaporkan mengenai serangan udara itu, dengan mempersoalkan mengapa ia berlaku di Syria dan bukan di Iraq. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: 17 militan Iran maut serangan tentera AS di Syria
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!