Lelaki bunuh isteri gara-gara cemburu

Lokasi suspek memukul isterinya di Taman Soga, Batu Pahat
Lokasi suspek memukul isterinya di Taman Soga, Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT - Tindakan pantas polis daerah ini berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang wanita warganegara Myanmar hanya dalam masa sejam selepas kejadian tersebut berlaku di Taman Soga di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes kematian melibatkan mangsa berusia 25 tahun di Wad Kecemasan, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat kira-kira jam 9 pagi .

"Polis dimaklumkan ketika mangsa dihantar ke HSNI, dia berada dalam keadaan tidak bermaya kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan dan pihak hospital terus menghubungi polis untuk siasatan lanjut kerana mengesyaki kematian mangsa mempunyai unsur-unsur jenayah," katanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat yang diterima, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun selepas satu jam laporan kematian mangsa diterima.

"Ekoran tangkapan pertama, tangkapan susulan dibuat ke atas seorang lelaki warganegara Myanmar berumur 22 tahun yang juga suami mangsa di Taman Soga.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan fizikal dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan bedah siasat akan dilakukan segera bagi mengesahkan punca kematian.

Azhan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian akibat rasa cemburu suami ke atas isterinya yang keluar bersama seorang lelaki lain.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang hampir setahun berkahwin dikatakan keluar bersama seorang lelaki dan terserempak dengan suaminya sebelum berlaku pertengkaran sehingga suspek bertindak memukul mangsa.

"Kes dianggap selesai dengan tertangkapnya suspek utama yang juga suami mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!