Sekolah bawah JAIS bermula 1 Mac

Kenyataan media JAIS berhubung jadual pembukaan semula sekolah di bawah kelolaan jabatan berkenaan.
Kenyataan media JAIS berhubung jadual pembukaan semula sekolah di bawah kelolaan jabatan berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mula dibuka secara berperingkat mulai Isnin.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi, SRA Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi, Sekolah Rendah Islam (SRI) Integrasi, SRI dan prasekolah akan kembali ke sekolah pada Isnin.

Menurutnya, pelajar maahad tahfiz dan sekolah pondok juga akan bermula pada Isnin ini.

"Murid sekolah rendah Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac ini.

“Bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sekolah Menengah Islam (SMI) Integrasi, SMI dan Kafa Menengah pula akan kembali ke sekolah pada 5 April ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pembukaan sekolah yang ditetapkan termasuk institusi pendidikan swasta berdaftar dengan JAIS.

Menurutnya, JAIS juga mengambil maklum kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pakaian seragam sekolah yang dikeluarkan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM benar murid pakai pakaian biasa ke sekolah

Artikel Berkaitan:

“Sehubungan itu JAIS mengambil pendekatan yang sama seperti syor KPM untuk membenarkan pemakaian pakaian biasa yang sesuai, kemas serta sopan bagi murid yang belum mempunyai pakain seragam sekolah.

“Kebenaran ini bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!