Logo KDA FC telah didaftarkan sebagai harta intelek

Logo rasmi KDA FC yang telah didaftarkan sebagai hakmilik dan tanda dagang di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO).
Logo rasmi KDA FC yang telah didaftarkan sebagai hakmilik dan tanda dagang di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO).
A
A
A

LOGO Kedah Darul Aman (KDA) FC telah didaftarkan sebagai hak milik dan tanda dagang di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) dan penggunaan tanda dagang tanpa kebenaran untuk tujuan komersial tertakluk kepada perlanggaran hak cipta serta tindakan undang-undang.

Syarikat Darul Aman Football Club Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, logo itu sebelum ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor pada 16 Disember 2020 dan rekaannya oleh pereka grafik, Ku Basri Ku Halim yang berasal dari Pendang.

"Pengurusan KDA FC telah melakukan pemantauan secara dekat berkenaan penjualan merchandise menggunakan logonya tanpa kebenaran.

"Tinjauan juga mendapati terdapat penggunaan logo di bahan bercetak bagi tujuan komersial tanpa kebenaran serta pelbagai lagi kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan juga menerima beberapa maklum balas awam mengenai penggunaan logo KDA FC dan mendapati beberapa versi logo yang tidak tepat dan berbeza.

"Pihak pengurusan KDA FC telah memutuskan beberapa pindaan minima dilakukan daripada rekaan asal bagi kesesuaian kelab untuk kegunaan rasmi selepas ini.

"KDA FC amat menghargai dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua media cetak, media sosial dan stesen televisyen yang menggunakan logo sebenar bagi mewakili kelab dalam liputan yang dihebahkan," katanya lagi.

Tambahnya, kelab tersebut turut menawarkan sebarang kerjasama dalam situasi menang-menang untuk mana-mana pihak bergabung dengan jenama KDA FC melalui kaedah penajaan, penarafan rakan rasmi, sistem francais dan sebagainya untuk memelihara nilai komersial yang tinggi bagi sebuah kelab yang besar seperti KDA FC.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!