Oman-AS bincang cara akhiri perang di Yemen
ADEN - Menteri Luar Oman, Badr Al-Busaidi pada Khamis mengadakan perbincangan dengan Utusan Amerika Syarikat (AS) ke Yemen, Timothy Lenderking mengenai kemungkinan mengakhiri perang di Yemen, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Agensi Berita Oman, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan di Yemen dan usaha menangani krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.
Kedua-dua pihak juga menekankan mengenai menyokong usaha untuk mencapai penyelesaian politik antara pihak yang bertelagah di Yemen.
Pada Rabu, Lenderking tiba di Muscat dari Arab Saudi, dan bertemu Menteri Luar Saudi, Adel Al-Jubeir dan Menteri Luar Yaman, Ahmed Awad bin Mubarak.
Lawatan 10 hari Lenderking ke wilayah Teluk dilakukan di tengah usaha yang dipergiatkan pentadbiran AS untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang telah berlarutan selama tujuh tahun.
Sejak beberapa tahun lalu, Oman juga aktif dalam usaha menyelesaikan krisis Yemen dan menjadi perantara antara pihak-pihak yang berperang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!