30 dalil tolak Tuk Zahid
KALAU dulu orang sering kaitkan UMNO dengan surat layang dan buku penulis upahan tapi hari ini tarafnya dah naik sedikit. Surat layang dah ganti posting media sosial. Perang sama sendiri berlaku dalam alam siber.
Kata orang perang cara ini lebih hebat dan ganas.
Maklumlah, dalam Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain, banyaklah peluang nak kecam atau kutuk sesiapa. Media sosial ni dah jadi negara koboi atas talian, tak ada undang-undang.
Apabila muncul buku Tiga Puluh Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO, Awang tak terperanjat.
Maklumlah dalam UMNO dah ada macam-macam kem. Ada yang sokong Tuk Zahid, ada yang tidak. Pemimpin UMNO pun simpan askar upahan masing-masing dalam bentuk cyber-troopers.
Jadi tak hairanlah perancang buku ini nak ikut jejak mereka di belakang buku Lima Puluh Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi Perdana Menteri pada tahun 90-an dulu.
Awang baca jugalah buku tentang Tuk Zahid. Orang tak pandai politik macam Awang pun rasanya boleh teka dari mana datangnya buku itu.
Ada yang kata mereka kenal gaya penulisnya. Ada teori yang kata buku ini didalangi oleh Bersatu.
Ada yang kata di belakangnya adalah penyokong pemimpin UMNO tertentu.
Pada pendapat Awang ini bukan caranya nak jatuhkan Tuk Zahid. Ini cara bacul. Kalau nak tumbangkan dia lawanlah masa pilihanraya parti.
Agaknya pada era Covid-19 ini, banyak penulis upahan yang perlu duit ikan dan sayur.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!