Pembatalan eNTRI boleh jejas pemulihan pelancongan
SHAH ALAM - Keputusan membatalkan kemudahan kemasukan tanpa visa bagi pelancong China dan India menerusi Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) akan menyukarkan usaha mempromosikan pasaran China dan pelan pemulihan pelancongan jangka panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, pada masa ini kemudahan kemasukan tanpa visa tidak menimbulkan apa-apa risiko kerana sempadan negara masih tidak dibuka untuk pelancongan.
“Pada asalnya kemudahan kemasukan tanpa visa ini adalah untuk tujuan pelancongan.
"Tindakan sebaiknya ialah menangguhkan kemudahan ini sehingga pelancongan antarabangsa dibenarkan semula dan tidak perlu membatalkan sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Lip Seng berkata, tindakan tersebut mungkin akan menjejaskan reputasi pelancongan Malaysia terutama dalam usaha membawa semula pelancong dari China dan India selepas Covid-19 berakhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!