KPM nafi iklankan jawatan pembantu guru

KPM
KPM
A
A
A
PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)menafikan mengeluarkan sebarang iklan tawaran pengambilan pembantu guru di seluruh negara seperti yang tular di media sosial.

KPM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa jawatan pembantu guru belum diwujudkan.

"Sebarang pengambilan bagi pengisian jawatan pembantu guru, jika hendak dilaksanakan kelak hanya akan diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai pihak berkuasa melantik," kata KPM. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!