Perlu lebih banyak PAWE di Perak

Nomee Ashikin memeriksa tekanan darah salah seorang wanita selepas merasmikan PAWE Kuala Kangsar.
Nomee Ashikin memeriksa tekanan darah salah seorang wanita selepas merasmikan PAWE Kuala Kangsar.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Perak mahu mewujudkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dalam usaha menjadikannya sebagai antara negeri terbaik dalam pembelaan kepada warga emas.

Pengerusi Amal Isteri Harapan Perak (Kasih Perak), Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, hasrat berkenaan adalah antara teras utama yang akan dijayakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta beberapa agensi lain kelak.

"Sebanyak 12 peratus atau hampir 400,000 warga Perak berusia 65 tahun. Ini bermakna kita perlukan lebih banyak pusat aktiviti ini (PAWE) kerana ia mampu jadikan warga emas aktif, sihat dan produktif.

"Sebanyak 59 PAWE telah wujud di seluruh negara dan perasmian PAWE di Kuala Kangsar hari ini adalah yang kelima di Perak," katanya.

Nomee Ashikin menandatangai plak sebagai gimik perasmian PAWE Kuala Kangsar.
Nomee Ashikin menandatangai plak sebagai gimik perasmian PAWE Kuala Kangsar.

Nomee Ashikin berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Kangsar, petang tadi.

Dalam pada itu, Nomee Ashikin berharap kewujudan PAWE mampu membuatkan warga emas lebih sihat dan produktif.

"Kita mahu warga emas berjaya mendapat kebahagiaan yang terbela. Mereka bukanlah beban, tetapi harta kepada kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pada majlis berkenaan, pelbagai acara turut disediakan seperti jualan aneka barangan cenderahati termasuk makanan.

Pada majlis itu juga, Nomee Ashikin sempat membuat demonstrasi pemeriksaan kesihatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!