Pemimpin perlu tunjuk teladan banteras rasuah

Mazlan
Mazlan
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin perlu menjadi ‘role model’ atau teladan bagi membanteras rasuah di negara ini.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, contoh yang perlu ditunjukkan oleh pemimpin itu adalah dalam bentuk tindakan, kesederhanaan dan ikrar integriti berhubung perkara tersebut.

“Di sini kita baca sejarah bagaimana Nabi Muhammad SAW berjaya menunjukkan teladan dan itu menjadi satu penghormatan dan ikutan orang kepada baginda.

“Bagi Malaysia pula, apabila ada orang nampak pemimpin itu, orang akan hormat kepadanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mazlan berkata, perkara seperti itu merupakan antara faktor penting bagaimana mahu meletakkan asas harga diri dan integriti seseorang bagi membanteras rasuah.

Beliau turut memberikan contoh bagaimana negara Indonesia membanteras rasuah dan integriti pemimpinnya semakin baik.

“Kalau dulu kita dengar semasa zaman Suharto berita tidak baik tentang amalan rasuah tetapi kebelakangan ini indeks rasuah difahamkan semakin baik.

“Dengan perwatakan yang dimiliki oleh Presiden Joko Widodo memberikan contoh di mana beliau menunjukkan iltizamnya dalam memerangi rasuah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Berbanding di Malaysia, katanya, isu rasuah yang sedia ada tidak menunjukkan perubahan walaupun kerajaan mewujudkan akademi rasuah.

Sementara itu, Mazlan berkata, beliau turut menghargai usaha dibuat oleh Sinar Harian menerusi Rasuah Busters.

Menurutnya, ia merupakan antara usaha penting bagi memerangi rasuah di negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!