Mayat seorang lagi kanak-kanak lemas ditemukan

Mayat seorang lagi kanak-kanak yang lemas selepas mandi di Sungai Skudai, Kampung Batu 8, petang semalam ditemukan pada tengah malam Sabtu.
Mayat seorang lagi kanak-kanak yang lemas selepas mandi di Sungai Skudai, Kampung Batu 8, petang semalam ditemukan pada tengah malam Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lagi kanak-kanak yang lemas semasa mandi di Sungai Skudai, Kampung Batu 8, Skudai di sini ditemukan pada tengah malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Abdul Jamal berkata, mayat kanak-kanak tersebut ditemui pada jam 12.10 tengah malam kira-kira 7 meter dari lokasi kejadian.

"Kanak-kanak lelaki tersebut berusia tujuh tahun dan mangsa kedua ini ditemukan selepas usaha mencari dipergiatkan jam 10.25 malam tadi dengan menggunakan teknik 'windshield wiper searching'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 6.17 petang Sabtu, dua kanak-kanak mandi di Sungai Skudai sebelum lemas dan disedari seorang lelaki yang sedang menjala ikan di bawah jambatan berdekatan.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Johor dibantu tiga jentera dan empat kenderaan utiliti terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Johor dibantu tiga jentera dan empat kenderaan utiliti terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Saksi kejadian tersebut, Nalsen Manggatang, 35, berkata, dia melihat ada kelibat tangan terkapai-kapai dan jeritan meminta tolong kemudian cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya.

Mangsa pertama, Ahmad Daniel Abdullah, 9, dari Kampung Baru Skudai merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Denai ditemukan mayatnya pada jam 8.58 malam pada jarak 14 meter dari tempat lemas.

Suhaimi berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Johor dibantu tiga jentera dan empat kenderaan utiliti terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bomba turut dibantu 15 anggota polis dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), manakala operasi tamat pada jam 12.43 tengah malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak lemas mandi sungai, seorang lagi hilang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!