MBPJ laksana pembayaran melalui kiosk
PETALING JAYA - Bagi mengurangkan kesesakan khususnya pada waktu puncak, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif dengan melaksanakan pembayaran cukai, kompaun, sewaan, tempahan, bil pelbagai dan cagaran (tunai) melui mesin kiosk.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat MBPJ, inisiatif pelaksanaan mesin kiosk itu bertujuan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan tanpa perlu beratur di samping mempercepatkan urusan pembayaran.
Menariknya, kiosk ini akan beroperasi pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 9 malam termasuk hari cuti umum dan pelepasan am.
Buat masa ini, difahamkan MBPJ menyediakan lima mesin kiosk di tiga lokasi berbeza iaitu Ibu Pejabat MBPJ (dua unit), Lobi Menara MBPJ (dua unit) dan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, Kota Damansara (satu unit).
Dalam pada itu, mesin kiosk ini juga mampu memberikan baki tunai dan menerima transaksi kad kredit tanpa had malah maklumat bayaran juga akan dikemaskini secara ‘real time’ serta berintergrasi dengan sistem sedia ada Mesin kiosk ini juga telah beroperasi dalam tempoh percubaan sejak 22 Januari dan sehingga 29 Januari lepas, sebanyak 622 transaksi dengan bayaran berjumlah RM295,280.41 tekah dikeluarkan oleh MBPJ.
Selain mesin kiosk, MBPJ turut mempunyai pelbagai medium saluran pembayaran lain seperti kaunter bergerak, E-Pay, kaunter bergeraj (Ez-Pay), kaunter pandu lalu dan Jom Pay.
Bagi sebarang keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 101/103/106/109 atau mengunjungi laman sosial majlis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!