Program saringan komuniti Selangor
28 Februari 2021 12:15pm
Masa membaca: 4 minit
Petugas barisan hadapan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap orang ramai terutamanya pelajar sekolah ketika tinjauan di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Jalan PJS 2C/6, Taman Dato Harun hari ini.
Kelihatan petugas barisan hadapan menguji sampel menggunakan kit Ujian Pantas (RTK)-Antigen sewaktu mengadakan saringan COVID-19 terhadap orang ramai terutamanya pelajar sekolah ketika tinjauan di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jalan PJS 2C/6, Taman Dato Harun hari ini.
Pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.
Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 April.