MB Kelantan suntik vaksin Covid-19 pada Selasa
KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjadi individu pertama di Kelantan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Selasa.
Ahmad dijadualkan menerima suntikan tersebut kira-kira jam 10.30 pagi di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Suntikan tersebut juga sempena Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan.
Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar Kelantan pada Ahad.
Selain Ahmad, petugas barisan hadapan akan turut menerima vaksin berkenaan pada majlis sama.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!