Dabong kembali sepi

Dabong yang sebelum ini popular dengan 'Train to Dabong' sehingga mencetuskan fenomena dalam kalangan orang ramai kini kembali sepi.
Dabong yang sebelum ini popular dengan 'Train to Dabong' sehingga mencetuskan fenomena dalam kalangan orang ramai kini kembali sepi.
A
A
A

KUALA KRAI - Dabong yang sebelum ini popular dengan Train to Dabong sehingga mencetuskan fenomena dalam kalangan orang ramai kini kembali sepi.

Situasi itu berlaku selepas kerajaan menguatkuasakan larangan merentas daerah dan negeri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bertujuan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang semakin meningkat sebelum ini.

Seorang peniaga pisang goreng, Nik Sah Sulaiman, 62, berkata, sejak pelaksanaan tersebut kehadiran orang ramai ke Dabong tidak serancak sebelumnya.

"Ketika 'viral' dulu, saya tidak menang tangan menjual pisang goreng tapi sekarang saya nak menghabiskan satu kilogram pisang sehari pun susah," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Nori bersama suaminya hanya mampu termenung melihat kedai makan mereka yang tidak dikunjungi pelanggan.
Nori bersama suaminya hanya mampu termenung melihat kedai makan mereka yang tidak dikunjungi pelanggan.

Menurutnya, situasi itu cukup perit untuk dilalui oleh penduduk Dabong selepas mendapat limpahan 'rezeki' tidak terduga menerusi perkhidmatan Train To Dabong sebelum ini.

Nik Sah dia berharap Train To Dabong yang mencetuskan fenomena sebelum ini kembali seperti biasa.

Tinjauan Sinar Harian di Stesen Kereta Api Dabong mendapati kawasan yang sebelum ini sibuk kembali sepi.

Artikel Berkaitan:

Kemudahan kereta api hanya digunakan penduduk setempat sahaja dalam urusan harian.
Kemudahan kereta api hanya digunakan penduduk setempat sahaja dalam urusan harian.

Difahamkan perkhidmatan Train To Dabong hanya digunakan oleh penduduk setempat sahaja dalam urusan harian dan bukan pelancong seperti sebelum ini.

Bukan itu sahaja beberapa buah premis yang pernah tular ketika fenomena Train To Dabong turut ditutup susulan PKP 2.0 dan PKPB.

Lokasi pelancongan berhampiran seperti Gua Ikan, Gunong Stong, Air Terjun Jelawang turut lengang.

Beberapa kedai makan yang sebelum ini tular dan dipenuhi pelanggan kini ditutup.
Beberapa kedai makan yang sebelum ini tular dan dipenuhi pelanggan kini ditutup.

Sementara itu seorang peniaga makanan, Nori Ariffin, 62, berkata, kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke gerainya ketika ini ialah penduduk setempat.

Katanya, sepanjang fenomena Train to Dabong dia menerima lebih 600 pelanggan yang bersilih ganti.

"Saya berharap kes harian Covid-19 terus menurun supaya Train to Dabong kembali popular seperti sebelum ini.

"Dapatlah kami di sini menikmati limpahan rezeki hasil industri pelancong menerusi perkhidmatan kereta api ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!