Mayat Mohd Fazrul ditemui

Mayat Mohd Fazrul Hakimi dihantar ke HTAA untuk proses bedah siasat selepas berjaya ditemui tengahari pada Ahad.
Mayat Mohd Fazrul Hakimi dihantar ke HTAA untuk proses bedah siasat selepas berjaya ditemui tengahari pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak, Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ariffin, 11 yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Sungai Ular di sini ditamatkan selepas mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia bersama dua lagi mangsa dilaporkan lemas.

Menurutnya, operasi SAR mencari mangsa disambung pagi pada Ahad melibatkan 85 anggota penyelamat termasuk pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Maritim Malaysia serta dibantu beberapa agensi lain dan penduduk setempat.

"Operasi pencarian hari ini melibatkan dua kumpulan melalui pencarian di air dan sepanjang pantai.

"Alhamdulillah, mangsa terakhir ditemui sebelum operasi SAR ditamatkan secara rasminya," katanya.

Beliau berkata, jenazah semua mangsa diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan, Kapten ( PA) Zaubidah Said berkata, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Sabtu, dua kanak-kanak perempuan,, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 bersama rakan, Fitrah Dhia Zahraa' Zaidi,9, ditemui lemas.

Artikel Berkaitan:

Mohd Fazrul Hakimi yang hilang berjaya ditemui pada Ahad.

Seorang mangsa yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa', Fitrah Dhia Zulaikha,13 berjaya diselamatkan.

Semua mangsa yang tinggal di kuaters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular yang terletak tidak jauh dari lokasi datang ke pantai berkenaan bersama keluarga untuk mandi-manda sebelum lemas.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lemas, seorang hilang di Pantai Sungai Ular

Mohd Fazrul belum ditemui

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!