30 individu dikompaun main futsal
GOMBAK - Polis Gombak mengeluarkan 30 kompaun ke atas individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah gelanggang futsal di Sri Gombak pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mereka yang dikompaun terdiri 28 pemain futsal dan dua pemilik pusat sukan tersebut.
Menurutnya, pihaknya menerima aduan orang awam terdapat sekumpulan anak muda bermain futsal di premis tanpa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 9.30 malam.
"Bertindak atas aduan, team Taskforce Pemantauan Pematuhan PKP IPD Gombak telah menjalankan pemeriksaan.
"Didapati 28 orang berumur antara 19 hingga 23 tahun gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan menjalankan aktiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, Facebook Asal Gombak berkongsi kejadian premis tersebut diserbu polis dan sekumpulan pemain futsal dikompaun kerana tiada penjarakan fizikal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!