Tiga Abdul teruja ke sekolah

Abdul Razak (kiri) dan Susilawati (kanan) membantu mengemas buku tiga anaknya di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas.
Abdul Razak (kiri) dan Susilawati (kanan) membantu mengemas buku tiga anaknya di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas.
A
A
A

PONTIAN - Tiga adik-beradik kembar yang dikenali sebagai 'Tiga Abdul' teruja hendak memulakan sesi persekolahan Tahun Satu yang bermula pada Isnin.

Abdul Raqib, Abdul Raauf dan Abdul Rafik masing-masing berusia tujuh tahun akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas.

Menurut ibunya, Susilawati Saharuddin, 36, ketiga-ketiga anak kembarnya itu tidak sabar hendak ke sekolah selepas mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak 20 Januari tahun lalu.

"Memandangkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) masih dilaksanakan di negeri ini, sudah pasti saya dan suami (Abdul Razak Abd Wahab, 41) risau dengan keselamatan mereka untuk memulakan sesi persekolahan esok.

"Sebagai persiapan, saya dan suami banyak memberi pendedahan dan mengajar mereka mengenai Covid-19 serta penjarakan fizikal. Kami juga akan membekalkan mereka dengan pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan keperluan lain," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.

Abdul Razak (kiri) dan Susilawati (kanan) membantu mengemas buku tiga anaknya di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas.
Abdul Razak (kiri) dan Susilawati (kanan) membantu mengemas buku tiga anaknya di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas.

Menurut Susilawati, dia dan suami berharap agar kembar tiga mereka ditempatkan di kelas yang sama kerana Abdul Rafik mengalami Cerabral Pasly sejak lahir.

"Pergerakan Abdul Rafik tidak setangkas seperti abang kembarnya, jadi saya selalu pesan kepada Abdul Raqib dan Abdul Raauf supaya menjaga adiknya, Abdul Rafik.

Artikel Berkaitan:

"Abdul Rafik juga tidak boleh berdiri lama dan memerlukan bantuan. Jadi saya harap agar mereka bertiga ditempatkan di kelas yang sama," katanya.

Ditanya mengenai kos pembelian barang persekolahan termasuk baju sekolah dan kasut, Susilawati berkata, dia dan suami membelanjakan hampir RM1,500 untuk ketiga- ketiga anak kembarnya itu.

Bagi menambah pendapatan keluarga, Susilawati mengambil upah melipat baju penduduk setempat dengan upah RM 5 hingga RM7 sebakul, manakala menggosok baju antara upah RM1 hingga RM1.50 sepasang.

"Selain kembar tiga ini, empat lagi anak saya juga masih bersekolah di Tingkatan Lima, Empat dan Tiga serta seorang di tadika.

"Oleh itu, saya bantu suami yang bekerja Penolong Pegawai Tadbir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai mencari pendapatan tambahan dengan mengambil upah dan lipat baju penduduk kampung.

"Suami saya juga ada membuat kerja sambilan dengan menjual nasi ayam bajet berharga RM4 sejak bulan lepas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!